Assalamualaikum Semua

Assalamualaikum Semua

Renung-Renungkanlah Wahai Muslimin :)

Renung-Renungkanlah Wahai Muslimin  :)

Isnin, 30 Disember 2013

Kenaikan Harga Barang : Suatu Realiti Yang Pasti

Sudah maklum dan sejak muktahir ini,selepas sahaja Pilihan Raya Umum-13;Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib nampaknya mula menunjukkan taringnya.Nampaknya rakyat sudah terbeban dengan kenaikkan harga syiling minyak petrol RON 95 dari RM 1.90 hingga RM 2.10 iaitu kenaikkan sebanyak RM 0.20.Gula dimansuhkan subsidi dan terkini kenaikkan tarif elektirik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kenaikkan harga tol di kesemua konsesi tol mulai 1 Januari ini.Tidak kurang juga ASTRO pula mengambil kesempatan untuk menaikkan bil bulanan kepada semua pemegang akaun yang dianggarkan sebanyak 1.2 juta pengguna.Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada 1 April 2015.

Kesemua yang dinyatakan adalah sebahagian daripada pakej "Rasionalisasi Subsidi" yang bertujuan untuk memberi kesan yang baik kepada ekonomi negara pada jangka masa sederhana dan pendek.Bahkan,pihak Pakatan Rakyat juga mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ini sebagai agenda untuk menaikkan semangat juang ahli mereka untuk menentang yang didakwa mereka kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah kerajaan yang zalim dan menggelarkan BN sebagai "Barang Naik".

Oleh sebab itu,ramai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO's) seluruh negara membantah kenaikkan harga barang.Tidak ketinggalan juga para blogger-bloggers pro-BN menentang keras tindakan kerajaan ini yang mereka sifatkan para-para penasihat DS Najib sendiri yang didakwa mereka nasihat yang diberikan  para penasihat malang ini kepada DS Najib hanya membunuh karier politik DS Najib sendiri.

Majoriti rakyat jelata seantero Malaysia membantah termasuk Azam Al-Banjari sendiri.Macam mana tak marah semua barang-barang keperluan naik,dengan gaji yang tidak seberapa,nak menanggung pelbagai hutang,menguruskan pelbagai keperluan harian dan lain-lain lagi sehingga nak buat simpanan kecemasan pun tidak cukup.Para peniaga pula berkesempatan mengambil untung atas angin dek kerana mereka mendakwa kenaikkan kos overhead dan pengurusan.Nak harapkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM 650,sebenarnya cukup-cukup untuk banyar yuran dan pelbagai keperluan sekolah.Nasib baiklah ada Bantuan Persekolahan RM 100;kalau anak ramai,lagi senyumlah si bapa sampai ke telinga!

Sebenarnya,berdasarkan pemerhatian daripada akhbar seperti Sinar Harian;Pengerusi PAC,Datuk Nur Jazlan Muhammad menyatakan harapan rakyat adalah di tangan DS Najib sendiri untuk bertindak.Benar kata Datuk Nur Jazlan,kini majoriti rakyat mengharapkan pihak kerajaan membuat sesuatu sekurang-kurangnya memotong elaun keraian para menteri-menteri dan JUSA serta menjimatkan penggunaan elektirik di kesemua premis kerajaan.Sekiranya DS Naijb tidak bertindak secara proaktif,maka tunggulah hukuman rakyat pada PRU-13 yang dijangka pada tahun 2018.

Isu ini masih hangat diperbincangkan dan diperdebatkan di kedai kopi,di media soisal dan sebagainya.Persoalannya,apakah tindakan kita untuk mengatasi masalah ini?Hanya tunggu kerajaan sahajakah baru nak bertindak?Buat demonstrasi melepaskan amarah dan nafsu,berguling di atas jalan raya dan melontarkan pelbagai objek keras dan menggelarkan para petugas PDRM sebagai anjing UMNO?

Itulah politik,politik kotor yang hanya menghalalkan cara dan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan-golongan tertentu.Pemimpin di atas masih bermain wayang dengan rakyat,katanya kalau tak sokong Kerajaan Barisan Nasional,jangan duduk di negara ini.Kata-kata dari pemimpin ini langsung tidak rasional dan tidak masuk akal bahkan ini turut membahayakan kedudukan dan kreatibiti UMNO dan BN sendiri.Pemimpin Pakatan Rakyat satu hal juga,dalam keadaan yang tidak menentu ini juga,masih lagi mengapi-apikan keadaan.Azam Al-Banjari faham,pimpinan Pakatan Rakyat turut membantah sekeras-kerasnya kenaikkan harga barang.Akan tetapi,gunakan kaedah yang lebih berdiplomasi.Ahli Parlimen PR hendaklah berbincang dengan Kelab Penyokong Back Benches BN (BNBBC) dan mencapai resolusi untuk kebaikkan bersama.

Ada kalanya Azam Al-Banjari terfikir-fikir juga,apakah yang patut dilakukan oleh rakyat dalam mengatasi hal ini.Mungkin cadangan yang akan diberikan sedikit sebanyak dapat membantu.Antaranya ialah:


  • Meningkatkan kemahiran,bakat dan kreativiti diri
Cadangan di atas nampaknya amat signifikan,kerana rakyat Malaysia masih kurang sedar di dalam pentingnya aspek mengasah kemahiran dan bakat semulajadi di dalam diri.Banyak pusat-pusat kemahiran dibina oleh pihak kerajaan seperti Kolej Komuniti,GiatMara dan sebagainya.Kursus yang ditawarkan memang memenuhi tuntutan bakat yang kita minati.Jadi,apa lagi yang kita mahu?Pilih dan nilai sendiri kursus dan kualiti yang ditawarkan.Bukan apa,kemahiran yang ada boleh dikembangkan dan dikomersialkan serta boleh menjana pendapatan di samping dapat memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi keluarga.

Layari Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan Giat MARA untuk maklumat lanjut.


  • Menyemai sikap berjimat cermat dan membuat perancangan kewangan. 
Cadangan ini amat baik bagi yang berpendapatan stabil,akan tetapi tidak bagi yang tidak menentu pendapatannya.Bagi mereka yang tidak menentu pendapatannya,cadangan ini amat dangkal kerana pendapatan mereka tidak sampai akhir bulan,boleh habis begitu sahaja.Oleh sebab itu,mereka terjebak dengan hutang sehingga mereka dikelilingi dengan hutang,hutang dan hutang keliling pinggang hingga akhir hayat.Justeru itu,pendekatan yang hoslistik diperlukan untuk mengekang masalah ini.Perancangan kewangan perlu dibuat dan disusun sepanjang masa bagi mengetahui unjuran keluar masuk perbelanjaan kita.Sekiranya ada unjuran lebihan,bolehlah kita menyimpan untuk kecemasan kelak.Apa salahnya membuat potongan gaji minimum RM 50 di dalam Amanah Saham Bumiputera setiap bulan dan pada akhir tahun,dividennya hampir 6 hingga 8 peratus setiap tahun.Nah!apa lagi yang kita mahu?Apa tunggu lagi,bertindaklah sekarang sebelum terlambat!Nanti sudah nak terhantuk baru nak terngadah!


Dua cadangan ini sebenarnya adalah cadangan yang relevan dengan tuntutan masa kini yang mengejar populariti dan kedudukan.Akan tetapi ia menuntut kesabaran di dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai di dalam diri.Sekiranya semuanya sudah cukup,apa yang kita kehendaki pasti kita akan dapat penuhi hasrat kita pendam selama ini.,Bak kata orang,berdikit-dikit dahulu,lama-lama menjadi bukit!

Moga-moga pandangan dan kritikan yang disampaikan diharap ada intipatinya.Azam Al-Banjari hanya manusia biasa,tidak terlepas dari dosa.Moga ALLAH merahmati kita semua.Amin.


Celik Akal Bestari:

Gunakan Kaedah Diplomasi.Moga Permuafakatan Dapat Dicapai.





1 ulasan:

  1. Assalamualaikum....

    saudara Azam...

    Dalam soal kenaikan harga barang ini...kita sebagai rakyat harus berfikir mengikut fitrah, dan bukan mengikut logik diri sendiri...
    kerajaan seharusnya memayungi rakyatnya dan bukan membebankan....saudara perlu faham....pendapat saudara akan lebih logik jika kos barang naik seiringan dengan kos sara hidup......jika hanya kos barang sahaja yang naik tetapi kos sara hidup msh kekal....ini akan membataskan hak membeli...bagi yang berpendapatan sederhana dan rendah...ini akan menyukarkan kehidupan mereka dalam memenuhi keperluan hidup....

    saudara menyatakan dua cara y boleh dilakukan ttpi bg saya ia lebih kepada kelebihan dari peningkatan harga barang iaitu meningkatkan kemahiran,bakat dan kreativiti diri.....
    saudara perlu ingat..pengembangan kemahiran dan kreativiti diri dapat dilakukan dalam banyak cara dan bukan dengan menaikkan harga barang....benar...jika harga barang naik....rakyat akan berfikir bagaimana untuk mencari wang lebih untuk menampung kehidupan....tetapi adakah saudara terfikir....rakyat2 yang berhempas pulas dengan setiap titik peluh yang jatuh ke bumi demi menambah pendapatan ini...begitu sukar bagi mereka...sblum ini mereka hanya bekerja dr pg sampai petang...selepas isu ini...mereka terpaksa berkerja dari pagi sampai malam pula....adakah rakyat seperti robot??? semestinya tidak......
    kreativi adalah subjektif....tetapi pandangan saudara seolah-olah menjadikan ia sebagai objektif....tiada pilihan lain selain daripada pilihan yang tersedia....

    pendapat saudara yang kedua iaitu menyemai sikap berjimat cermat dan membuat perancangan kewangan...persoalan yang saya perlu tujukan kepada saudara....siapa yang seharusnya berjimat??
    saya tahu...saudara juga adalah seorang rakyat..dan saudara boleh berfikir..banyak dalam kenyataan media dari pihak kerajaan menyarankan agar rakyat perlu berjimat....tetapi adakah adil jika hanya rakyat sahaja yang perlu berjimat sedangkan pihak kerajaan terus menerus membuat pembaziran.??? adakah wajar jika wang berjuta-juta dibazirkan hanya untuk majlis2 yang tidak perlu??? saudara mampu fikirkannya...
    rakyat juga ada langkah penjimatan mereka....tetapi apabila tekanan dalam peningkatan harga barang berlaku....kadar penjimatan rakyat makin surut...sehinggakan ada rakyat terpaksa menggunakan 'wang kecemasan' bagi mendapatkan sesuatu yang amat diperlukan...jika rakyat kian terhimpit dengan peningkatan kos sara diri...tiada penjimatan dapat dlakukan....

    saya kurang setuju saudara mengatakan BR1M itu adalah untung atas angin rakyat....bagi saya ...ia adalah hak rakyat...saudara perlu faham....rakyat di Malaysia ini adalah pemegang status pembayar cukai....dengan itu...rakyat harus menikmati kelebihan daripada pembayaran cukai itu...tidak kiralah dalam apa2 bntuk sekali pun...cukai itu bukan hak kerajaan...ttpi hak rakyat,...BR1M itu juga datang dari wang rakyat...dan bukan kerajaan....

    saya hanya memberi pandangan sahaja....kerana kita sama2 rakyat....jangan kita berfikir dengan keadaan kita yang agak senang dan masih boleh menyerap tekanan ini...ttapi berfikirkah tentang nasib mereka yang tidak seperti kita yakni rakyat2 yang hidup dalam keadaan susah dan kurang pendapatannya....saudara perlu ingat,..penerima zakat masih ramai dinegara ini....dan adakah saudara lupa...di antara syarat2 penerima zakat adalah orang2 yang miskin..

    rakyat mempunyai hak terhadap kerajaan..tetapi kerajaan menutup hak rakyat....ini yang menibulkan kemarahan...bukannya marah tanpa bersebab....satiap yang berlaku ada sebabnya....
    saya harap..saudara dapat berfikir secara rasional dan berdasarkan fitrah manusia....yang hak tetap hak wahai saudaraku....
    sampai disini sahaja...smoga saudara sentiasa dalam rahmat Allah....

    Assalamualaikum....

    BalasPadam