السلام عليكم
Sudah hampir 1 tahun 6 bulan aku di sini iaitu di...
Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS)…
Kali ini, aku akan ceritakan pengalaman aku di sini..
Banyak orang kata, KISAS
sekolah yang hebat, SBT la, KISAS banyak lahirkan ulamak dan umarak … tu dan
ini.. blablabla..
Memang aku tak nafikan,
KISAS adalah sebuah sekolah yang hebat.
Aku adalah sebahagian
warga Kolej Islam yang bakal menjadi Alumni Kolej Islam (ALKIS) tidak lama
lagi.
Aku adalah dari Batch
As-Siddiq-Batch ke 58. Banyak yang nak diceritakan tentang KISAS ini. Memang
banyak. Dari sudut sejarahnya, dari sudut biahnya dan sebagainya.
Sebelum Masuk Ke KISAS…
Nak diceritakan di sini,
aku tahu pasal KISAS pun sebab sepupu aku masuk ke sini. Lagipun, dia muslimat,
SPM tahun 2008. So, aku tahupun sebab dia ceritakan serba sedikit mengenai
KISAS.
Lepas Form 5, aku lihatlah
satu surat permohonan Tingkatan 6 di pejabat sekolah lama aku, iaitu SAM Paya
Jaras selepas keputusan SPM diumumkan. Aku apa lagi, isilah borang itu. Aku tak
letakkan harapan yang tinggi ketika itu untuk masuk ke KISAS sebenarnya.
Pada bulan Mei 2014, aku
masuk Form 6 di SAMT Sultan Hisamuddin. Itupun kejap jer. 2 minggu tak silap.
Itupun aku tahu dapat tawaran ke KISAS melalui PK Kokurikulum, Cikgu Azlina
yang inform kat aku melalui mesej yang dihantar Ustaz Nazri kepada Cikgu
Azlina.
Nak kata syukur, memang aku
bersyukur sebab aku dapat tawaran ke KISAS. Tapi masalahnya ramai sahabatku
yang memang dari Form 1 sehingga Form 5 bersama berjuang terpaksa aku berpisah
buat sementara waktu. Nanti dah habis barulah kita bersama semula.. kehkeh
Dalam keluargaku belah ibu
pula, aku adalah orang kedua yang masuk ke KISAS selepas sepupuku. Namun, bagi
keluarga sebelah ayahku pula, aku adalah orang yang pertama yang masuk ke
KISAS. Nak diceritakan di sini, aku adalah “harapan” bagi mereka kerana tidak
ada seorang pun di antara mereka yang berpendidikan agama. Allahu, berat amanah
hamba ini!
Sewaktu di KISAS..
Aku lihat disini, biah
yang pelajar KISAS amalkan amat berlainan dengan sekolah-sekolah agama yang
lain. Sungguh, memang lain! Mana tidaknya, dari zaman KIK (Kolej Islam Kelang)
lagi pembudayaan ini masih diamalkan sehingga kini.
Apakah ramuan yang
menjadikan pelajar KISAS hebat dalam pelbagai bidang, tidak kira dalam bidang
agama ataupun professional?
Rahsianya dari sudut
ukhrawi pelajarnya mantap. Kami ditekankan dengan adab yang baik, sentiasa
istiqamah dengan amal fardiah serta amal sunnah dan pastinya mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Kami di sini ada suatu
organisasi yang dinamakan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Badan ini telah dipertanggungjawabkan
untuk mentarbiah pelajar-pelajar KISAS. BADAR ini telah ditubuhkan sejak 34
tahun yang lalu iaitu sejak KIK ditubuhkan. Aku disini diberi taklifan untuk
memegang jawatan Setiausaha Lajnah Usrah dan juga Naqib Usrah. Aku tak
menyangka, aku dilantik jadi naqib usrah. Sebelum ini di sekolah lama, aku tak
pernah pun nak jadi naqib usrah, apatah lagi jawatan-jawatan penting dalam
sekolah lama.
Di dalam institusi usrah
aku menjernihkan fikrah anak-anak usrah aku ke arah kebenaran seperti mana yang
digariskan dalam Muwassofat Tarbiah oleh Imam Hasan Al-Banna. Dulu,aku tak tahu
menahu pun pasal tarbiah. Bila aku baca buku Bahtera Peyelamat, Apa Ertinya
Saya Menganut Islam.. tanggapan aku pasal tarbiah berubah, rupa-rupanya kita
ini sebenarnya da’ie yang akan meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam
ketika mana mehnah dan tribulasi berleluasa di zaman moden ini. Nak beritahu di
sini, usrah adalah tradisi di dalam manhaj tarbiah KISAS sehinggakan usrah ini
dikatakan sebagai nukleus tarbiah (cc: Ismail Isman). Aku dilatih untuk solat
berjemaah lima waktu di Musolla Saidina Ali setiap hari. Ada majlis ilmu
ataupun tazkirah, kita digalakkan untuk turut serta. Hasilnya apa? Kita dapat
beristiqamah dengan amalan-amalan ini ketika di mana-mana sahaja kita berada.
Pasal adab juga merupakan
salah satu rahsia kejayaan pelajar-pelajar KISAS. Bagi kami sebagai pelajar
KISAS, guru ini dianggap sebagai murobbi. Jangan main-main, hormat dengan guru
ini memang menjadi keutamaan kami. Keberkatan ilmu itu datangnya dari guru yang
mengajar kita, kalau tiada keberkatan dari guru, macam mana pun kita, walaupun
kita dapat 11A+, Mumtaz Sofi ataupun 4A sekalipun, kita tak akan ke mana-mana. Inilah
rahsia pelajar KISAS berjaya sehingga kini.
Dari segi amalan pula,
kami amalkan Sunnah sepanjang masa. Namun, perkara yang fardiah yang sepatutnya
menjadi awlawiyat (keutamaan) tetap menjadi kewajipan kami. Puasa Sunat Isnin
Khamis, pakai shawl, pakai kopiah, pakai minyak wangi, solat Dhuha, qiamulail,
JAGA IKHTILAT dan sebagainya adalah amalan-amalan kami sehingga kini. Yang
menariknya, Ikhtilat merupakan perkara yang unik yang aku pelajari di KISAS.
Kita nak bermuamalat dengan muslimat, kita dilarang untuk menyebut nama
muslimat walaupun kita kenal orang itu. Begitu juga sebaliknya. Nampak kan? Di sekolah-sekolah
agama (bukan KISAS) iktilat langsung tak dijaga, apatah lagi di SMK?
Mengenai kecemerlangan
akademik, kami di sini sama sahaja macam SBP ataupun sekolah-sekolah yang lain, prep berfokus, kelas tambahan wajib
dan sebagainya. Akan tetapi, kami seimbangkan duniawi dan ukhrawi.. barulah
kita dapat capai apa yang kita nak.. Insya ALLAH. Tambahan pula, guru-guru
KISAS sanggupkan korbankan masa dengan keluarga untuk mengajar anak-anak
muridnya untuk kecemerlangan anak-anak muridnya tak mengira siang ataupun malam.
Komitmen guru-guru kami amatlah aku sanjung, tidak hairanlah ramai guru-guru
KISAS mengajar mencurahkan bakti di bumi waqafan hampir 30 tahun pun ada juga!
Ramai guru-guru disini yang mengajar lebih 30 tahun ada diantaranya dari ALKIS
sendiri.
Disebalik nama “Bumi
Waqafan”
Ada yang bertanya kenapa
KISAS dipanggil bumi Waqafan? Hmmm, di SAMT Sultan Hisamuddin dipanggil Bumi
Barokah, tak tahulah apakah asal usulnya (Nanti kena tanya kepada warga SAMTiSH
sendiri). Akan tetapi, nama ini ada sejarahnya yang tersendiri.
Sejarahnya bermula apabila
pada 8 April 1955, dengan perkenan semua Raja-Raja Melayu ketika itu, maka
suatu institusi pengajian tinggi Islam pertama negara ditubuhkan dengan nama
Kolej Islam Malaya (KIM). Pada permulaannya, KIM mempunyai kekangan kewangan.
Namun, setelah berunding dengan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin
Alam Shah, maka baginda bersetuju untuk mewaqafkan Istana Jemaah dan tanah
sekitarnya untuk diwaqafkan sebagai tapak kepada KIM.
Pada tahun 1971, KIM
digantikan dengan nama baharu iaitu Kolej Islam Kelang (KIK) dan diambil alih
sepenuhnya oleh KPM. Tahun 1989, KIK telah ditukar nama kepada KISAS sehingga
kini oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mengenang jasa
ayahanda baginda dalam membangunkan bumi Waqafan ini. Tanah waqafan ini sering
diberi perhatian oleh keluarga Diraja Selangor sehingga kini demi memastikan
keberkatan tanah waqaf ini terjaga.
Di sebalik Bumi Waqafan
inilah lahirnya insan-insan atau Alumni Kolej Islam (ALKIS) yang berjaya dalam
pelbagai bidang yang diceburi. Antaranya:
- Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din, Mursyidul Am PAS
- Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak
- Dr. Juanda Jaya, Mufti Sarawak
- Dr. Idris Ahmad, Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bukit Gantang
- Dato’ Rosol Wahid, ADUN BN Ajil dan Mantan EXCO Kerajaan Terengganu
- Dr. Zahazan Mohamed, Penceramah Bebas dan CEO Telaga Biru Sdn.Bhd
- Shamsul Iskandar Mohd Akin, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Bukit Katil
- Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi TV Al-Hijrah
- Ustaz Mohd Ismi bin Mohd Taib, YDP PAS Kawasan Parit
- Dato’ Mohd Yusof Din, Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Calon BN DUN Kota Anggerik
- Dato’ Shahaniza Shamsudin, ADUN BN Kuala Sentul dan EXCO Kerajaan Pahang
- Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia
- Dato’ Dr. Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis
- Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Allahyarham Zubir Ali, Vokalis Kumpulan Harmoni
- Faisal Tehrani, Penulis Terkenal
- Dato’ Dr.Ustaz Ismail Kamus, Mantan ADUN PAS Gombak Setia
- Datuk Hj. Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
- Tan Sri Zainal Abidin Abdul Kadir, Mantan Pengetua KIK; Mantan Duta Besar Malaysia ke Mesir; Mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
- Dr. Hj. Mohamad Nasir Disa, Pengarah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKIAM)
- Dato’ Seri Dr.Norhisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan
Dan ramai lagi!
Kami, warga Kolej Islam
memegang prinsip seperti pepatah arab ini:
إن البغاث بأرضنا يستنسر
“Sesungguhnya
Pipit Di Negeri Kami Telah Menjadi Helang”
Dan juga
kami juga berpegang kepada hadaf Kolej Islam sepanjang zaman iaitu:
لتخريج القادة المتقين المثقفين
“Melahirkan
Pemimpin Yang Bertaqwa dan Berintelektual Tinggi”
Aku sebenarnya berbangga menjadi sebahagian
daripada keluarga besar Kolej Islam sebenarnya. Tan Sri Dr. Yusof Noor berpesan
ketika majlis ulang tahun ke-60 Kolej Islam pada 8 April 2015 yang lalu, beliau
berkata walaupun generasi beliau dengan generasi sekarang amat berbeza, namun
ukhwah antara alumni KIM, KIK dan KISAS adalah lambang wehdatul fikr (kesatuan
fikrah) dalam menyemarakan dakwah Islamiah di bumi bertuah Malaysia yang
tercinta ini.
Insan-insan yang berjaya ini telah menyuburkan
semangat helang seperti mana pepatah arab di atas. Mereka membuktikan bahawa
pelajar lepasan agama juga boleh berjaya setanding dengan pelajar-pelajar
aliran sekular seperti MCKK, STF dan sebagainya.
Aku ingin berpesan kepada sesiapa jua yang
ingin melanjutkan pelajaran ke KISAS. Kutiplah hasil-hasil yang telah disemai
oleh para ulamak dan umarak yang mengasaskan Kolej Islam suatu ketika dahulu
yang telah bersusah payah untuk mengasaskannya; Namun, janganlah pula kamu
meratakan apa jua hasil yang telah dituai selama ini. Kerosakan yang berlaku
adalah cerminan kepada generasi hari ini. Fikir-fikirkanlah dan
renung-renungkanlah.
Akhir kalam, hayatilah lirik lagu Kolej Islam ini. Moga Allah Ta'ala mensatukan hati-hati kami, terhindar dari perkara-perkara yang membawa mehnah dan kuatkan hati kami untuk memperbetulkan manusia ke arah kebenaran. Allahuma Amin.
Dengan Kurnia ALLAH yang Esa
Kolej Islam Tegak Perkasa
Menenuhi Hasrat Nan Bangsa
Tinggi Pengajian Agama
Bersendikan Ilmu dan Iman
Melahirkan Manusia Taqwa
Penuh Nilai Budi Bahasa
Bentuk Moral Faham Dunia
Dikala Zaman Pancaroba
Kolej Islam Terus Berjasa
Membentuk Peribadi Mulia
Berkhidmat Pada Nusa dan Bangsa
Ikhlas:
Azam Al-Banjari
Bakal Alumni Kolej Islam (ALKIS)
20 November 2015